Waterproofing Coating

Terdapat pelbagai jenis Waterproofing Coating di pasaran pada masa kini. Ada yang jenis murah dan biasa digunakan dan ada juga jenis medium serta berkualiti tinggi. Jenis yang berbeza akan memberikan tahap ketahanan dan kualiti yang berbeza.

Kebiasaan Waterproofing Coating jenis ini hanya akan bertahan 2 hingga 5 tahun sahaja. Malah perlu bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Pemeriksaan terhadap permukaan yang dibaik pulih perlu dilakukan selepas setahun pemasangan disusuli dengan pemeriksaan setiap 6 bulan selepas itu.

Biasanya permukaan coating tersebut mulai mengelembung, retak, terkopek dan pecah menunjukkan pemilik perlu membuat sesi baik pulih dalam masa terdekat.

Dari segi pemasangan pula, permukaan yang hendak diletakkan bahan ini perlu dibersihkan terlebih dahulu. Jika masih terdapat coating yang lama, ianya perlu dibuang. Cara pemasangan hanya perlu menggunakan berus atau roller cat sahaja. Adalah lebih baik ianya diulangi sekurang-kurangnya 3 kali pemasangan. 

Manakala bagi yang memilih Waterproofing Coating yang berkualiti tinggi pula boleh bertahan dari 10 hingga 15 tahun. Jenis yang dimaksudkan adalah jenis POLYUREA COATING. Pemasangannya ada sedikit perbezaan iaitu menggunakan teknologi spray. Bahan yang digunakan perlu menggunakan satu mesin khas bagi menjalankan kerja-kerja yang perlu dilakukan.