Decoration Epoxy Coating (DEC)
Penggunaan epoxy dalam mencegah kebocoran bangunan atau kediaman adalah satu kaedah yang baru. Dengan menggunakan teknologi inovasi terkini, ianya dapat menyediakan satu lapisan permukaan yang baru di atas permukaan yang lama tanpa perlu membuang permukaan yang lama terlebih dahulu. Ini bermakna, permukaan lama tersebut akan diberikan ‘nafas’ baru serta ianya bersifat kalis air atau “waterproof”.
Kebiasaannya, kaedah ini digunakan untuk menghentikan kebocoran yang berlaku di dalam bilik air, dan kadangkala juga ianya digunakan di permukaan-permukaan yang lain seperti di kawasan pejalan kaki, lantai bilik, parkir kereta, surau dan sebagainya.
Kaedah ini menggunakan satu jenis cemical yang dipanggil ‘resen’ untuk menyaluti permukaan yang lama, supaya kebocoran yang sedang berlaku dapat dihentikan. Di mana permukaan yang lama tersebut akan digantikan dengan satu permukaan yang baru, malah pelanggan juga boleh meminta pihak kami untuk mencorakkan permukaan tersebut mengikut citara pelanggan. Permukaan yang dihasilkan adalah bersifat kesat, menggerutu atau dipanggil ‘anti-slip’.
Terdapat dua jenis bahan pelbagai warna yang digunakan untuk menyediakan corak yang dipanggil ‘FLAKE’ dan juga ‘MICA’. Untuk pengetahuan, MICA adalah bahan yang lebih halus atau lincir daripada penggunaan FLAKE setelah siap dipasang.
Kebiasaannya pemasanganya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 lapisan bergantung kepada jenis permukaan lantai yang ada dan mempunyai ketebalan minimum 3 milimeter.
Selain daripada Decoration Epoxy Coating (DEC), terdapat satu lagi jenis Epoxy yang dipanggil ‘Metalic Epoxy’. Ianya bersifat licin dan berkilat. Ia menggunakan material yang hampir sama tetapi tidak menggunakan warna yang dipanggil ‘PIGMEN’ bagi menghasilkan ocrak yang diingini. Kebiasaannya digunakan di atas kabinet dapur (Table Top), lantai hotel, meja makan dan lain-lain.
Antara tempat-tempat yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah tempat-tempat yang berlaku keretakan atau kebocoran lantai dan juga dinding. Bagi tempat-tempat yang mengalami kebocoran di sekeliling salur paip air kumbahan pula seperti di ‘Water Trap’, ‘Toilet Bowl’, kaedah PU Injection atau PU Grouting sangat disarankan.
KELEBIHAN
- Menghentikan kebocoran secara menyeluruh di permukaan sahaja
- Boleh mencantikkan kawasan yang bocor mengikut citarasa pemilik
- Tidak perlu pengujian takungan
- Kekuatan bergantung kepada lantai itu sendiri
KELEMAHAN
- Struktur dalaman bangunan tidak di baik pulih
- Tidak dapat menghentikan kebocoran di sekeliling saluran paip kumbahan ‘Floor Trap’ dan ‘Toilet Bowl’
- Permukaan perlu dijaga, kejatuhan bahan/barang yang berat boleh merosakkan permukaan yang telah di baik pulih