Plumbing
Umum mengetahui setiap kebocoran adalah berpunca daripada ‘air’ walaupun terdapat material lain yang diklasifikasikan sebagai punca kebocoran. Tetapi disini saya hanya menjelaskan kebocoran yang berpunca daripada air sahaja. Untuk pengetahuan kalian, setiap kaedah untuk menghentikan kebocoran seperti menggunakan produk kalis air ‘waterproof’ adalah tidak akan berkesan jika terdapat kebocoran daripada paip air yang mempunyai tekanan atau dipanggil ‘pressure’.
Paip-paip air yang mempunyai tekanan ini hendaklah WAJIB diabik pulih terlebih dahulu sebelum membaik pulih lain-lain kerosakan. Ini kerana kesan daripada kebocoran air yang mempunyai tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk terhadap struktur bangunan.
Berbeza dengan paip air yang tidak mempunyai tekanan seperti paip air kumbahan, sini dan paip salur air mandian ‘floor trap’. Pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan keperluan pembaikan dari sudut paip air yang bocor atau kaedah kalis air ‘waterproofing’ perlu dilakukan bagi tujuan menghentikan kebocoran.