PU Injection / PU Grout
Polyurethane adalah sejenis chemical yang digunakan untuk menghentikan kebocoran di dalam bengunan atau kediaman anda. Ianya adalah salah satu dari kaedah yang ada dalam menghentikan kebocoran secara terus di tempat yang bocor.
Dengan menggunakan kaedah ini, tempat kebocoran akan di drill terlebih dahulu untuk memasukkan Packer sebagai valve penahan. Jentera atau mesin yang mempunyai tekanan tinggi digunakan untuk menyuntik bahan ini kedalam rekahan, rongga yang terdapat di dalam dinding atau lantai kediaman anda. Polyurethane ini akan mengembang di dalam rekahan, menutup dan mengeras di setiap laluan dan kebocoran yang ada.
Terdapat dua (2) jenis Polyurethane yang digunakan iaitu:
- Water Base
- Oil Base
Penggunaan kaedah ini disarankan WAJIB untuk membuat ujian takungan ‘Water Ponding Test’ bagi mendapatkan kepastian bahawa kebocoran telah diatasi.
Tempat-tempat yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah di kawasan keretakan yang ada di lantai dan dinding serta kebocoran di sekeliling salur paip air kumbahan seperti di ‘FLOOR TRAP’ dan ‘TOILET BOWL’.
Bagi kebocoran yang bersifat meresap sehingga menyebabkan tompokan-tompokan hitam atau kulat pula disarankan menggunakan kaedah Decoration Epoxy Coating (DEC)
KELEBIHAN
- Menghentikan kebocoran secara terus kepada kebocoran
- Membaik pulih struktur dalaman bangunan
- Menggunakan kaedah pengujian takungan sebagai petunjuk bahawa kebocoran sudah diatasi
KELEMAHAN
- Potensi kebocoran di bahagian lain setelah siap. (Sifat air akan menyerang bahagian lain yang lemah)
- Terdapat pencemaran habuk dan bunyi apabila kerja-kerja dilakukan
- Akan terdapat lebih banyak kebocoran didapati semasa membuat pengujian.