Membrane Waterproofing
Membrane waterproofing adalah salah satu kaedah untuk mengatasi kebocoran secara menyeluruh. Ianya berbentuk kepingan lembaran dan kebiasaannya diapasang di bumbung-bumbung bangunan yang bersifat konkrit. Permukaan perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum kepingan lembaran ini dihamparkan di permukaan lantai. Kaedah pemasangannya menggunakan kaedah pembakaran yang bertujuan melekatkan lembaran ini dengan lapisan konkrit yang ada. Dari sudut ketahanan, ianya boleh bertahan melebihi 10 tahun, tetapi malangnya kos untuk menggunakan kaedah ini adalah agak tinggi.
Konsep yang digunakan adalah sama dengan Decoration Epoxy Coating (DEC) iaitu membuat satu lapisan yang baru bagi mengelakkan kebocoran.
Terdapat dua (2) jenic membrane yang terdapat di pasaran iaitu:
- Sand
- Rubber